Thursday, June 12, 2008

AXOTRAIN: CIPTAAN TERBARU USM RAWAT PESAKIT STROK

Axotrain: Ciptaan Baru Bantu Rawat Pesakit Strok
PULAU PINANG, 5 Jun (BERNAMA) -- Kumpulan tiga pensyarah dan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta sebuah alat merawat pesakit angin ahmar atau strok berharga RM6,000.Alat itu dinamakan Intelligent Axoskeletal Arm Trainer for Stroke Patients (Axotrain), ciptaan Prof Mohd Zaid Abdullah, Prof Jafri Malin Abdullah dan Dr Mohamed Saufi Awang bersama pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik USM Yong Kin Fei."Ciptaan itu merupakan satu daripada projek bagi pelajar tahun akhir yang wajib dilaksanakan bagi memenuhi keperluan dan syarat pengijazahan sebelum menamatkan pengajian," kata Mohd Zaid pada sidang akhbar memperkenalkan alat itu hari ini.Beliau berkata kumpulannya memerlukan tempoh setahun untuk membuat penyelidikan dan menyiapkan ciptaan alat itu yang menjuarai pertandingan Pameran Antarabangsa Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi (ITEX) 2008, di Kuala Lumpur baru-baru ini.Axotrain digerakkan sepenuhnya oleh kuasa elektronik dan dikawal oleh teknologi komputer, penggunaannya dalam jangka panjang dikatakan mampu membantu memulihkan pesakit strok selain berupaya meningkatkan keupayaan pesakit mengangkat sesuatu objek.Beliau berkata alat itu menerima reaksi positif daripada pesakit strok dan beberapa pusat penjagaan kesihatan dan ia dalam proses perbincangan untuk dikomersilkan.-- BERNAMA

1 comment:

Muhammad Safwan said...

hai juema..add sy kat ym n myspace sibmas_g5@yahoo.com

nice to meet you :)