Friday, November 14, 2008



Kerjaya seorang Wartawan....

Menjadi seorang wartawan bukannya kerjaya yang mudah. Barpun ramai menganggap kerjaya ini dapat mendedahkan diri dengan pelbagai jenis manusia terutama selebriti, Yang Berhormat dan sebagainya, namun itulah cabaran.

Pada semester lalu, saya berpeluang menjalani praktikal di BERNAMA Pulau Pinang iaitu sebuah agensi berita secara online. Praktikal di sana memberi seribu pengalaman berharga buat saya kerana selain berhadapan dengan karenah masyarakat yang ditemubual, saya juga berpengalaman berhadapan dengan karenah dengan rakan sekerja. Semua itu mematangkan saya.

Adakala keadaan terlalu tertekan kerana praktikal itu adalah yang pertama dalam hidup saya. Dengan ketiadaan asas yang boleh membantu, hanya berbekalkan teori yang dipelajari di USM...saya rasa sungguh tidak berpengetahuan. Keadaan di luar sangat berbeza dengan apa yang saya rasakan di dalam kampus.

Bahasa juga mempengaruhi keadaan. Kekurangan diri dalam berdialog bahasa Inggeris menyukarkan lagi keadaan kerana kebanyakan press conference yang saya hadiri dituturkan dalam bahasa Inggeris. Inikah Malaysia yang memperuntukkan bahasa Melayu (Perlembagaan) dalam segala majlis rasminya?

Mungkin juga kerana Pulau Pinang majoriti penduduknya berbangsa Cina dan India? Banyak soalan yang ingin saya tanya dalam sidang akhbar yang dihadiri tetapi mulut terkunci dek kerana bahasa Manglish saya yang terabur.

Namun, apa yang saya perolehi dari praktikal ini adalah satu pengalaman yang berharga dan mematangkan diri saya. Saya mempelajari sesuatu yang baru dan belajar bersabar menghadapi pelbagai ragam manusia. Pengalaman ini juga meningkatkan rasa syukur saya kepada tuhan kerana selama ini saya leka dengan kesenangan dunia walaupun hakikatnya saya bukanlah orang yang senang.

Mungkin kerjaya wartawan selari dengan naluri hati saya yang sukakan cabaran dan suka berkongsi maklumat. Harapan saya agar impian ini menjadi kenyataan..amin.

No comments: