Friday, November 14, 2008

USM diiktiraf Universiti Apex

Pada September lalu Menteri Pengajian Tinggi telah mengumumkan USM sebagai universiti pertama yang bergelar universiti Apex. Saya sangat teruja dengan pengumuman tersebut kerana sebelum pengumuman itu lagi saya telah melakukan research mengenai kelebihan universiti Apex , selain kriteria-kriteria yang ditentukan.

Apabila pengumuman dibuat, secara tidak sengaja saya telah online laman web Berita Harian yang telah mengeluarkan kenyataan menteri tersebut. Entah kenapa saya rasa terlalu gembira sedangkan saya hanya pelajar sahaja di universiti ini. Keistimewaan yang bakal diperolehi juga bukanlah untuk saya kerana saya akan menamatkan pengajian tidak lama lagi. Namun, kenyataannya saya memang rasa gembira. Saya ke bilik Mariati (salah seorang ahli tertinggi MPPUSM). Sebelum saya bersuara dia dah bersuara dulu. Rasanya diapun gembira apatah lagi dirinya berada dalam barisan kepimpinan tertinggi pelajar USM.

Pada majlis meraikan kehadiran Menteri pengajian Tinggi di USM, saya ditugaskan membuat liputan bagi pihak Berita Kampus. Dari dalam Dewan Tunku Syed Putra (DTSP) hinggalah ke majlis berbuka puasa bersama beliau, saya hadir semata-mata untuk mendapatkan maklumat.

Tambahan pula, pada ketika itu, saya menjadi Ketua Editor bagi Berita Kampus keluaran 4, maka, saya perlu berusaha untuk mendapatkan berita yang menarik untuk dimuatkan. Perkara yang lucu yang berlaku kepada diri saya pada hari itu ialah, saya pula ditemubual oleh media RTM. Diri dah menolak kerana saya jenis orang yang tidak boleh berhadapan dengan video kamera namun, terpaksa juga memberi sedikit kenyataan mengenai pengiktirafan USM sebagai universiti Apex pertama atas permintaan.

Sebaik sahaja pulang dari majlis berbuka puasa di masjid, dalam tv dah tersiar mengenai berita itu. Apa yang saya rasa lucu kerana tidak mampu melihat diri sendiri bercakap dalam kaca televisyen. Dengan mimik muka yang serius, saya tidak terfikir perkara yang saya tuturkan adalah perkara sebenar yang ingin saya katakan. Sungguh memalukan..:(

Adalah diharapkan agar suatu hari nanti saya mampu berdiri dan berhadapan dengan penuh keyakinan di hadapan wartawan lain..

No comments: